Sunday 11 December 2011

Cerita - Singa Yang Haloba

~~Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Kita harus mempertimbangkan setiap tindakan atau perbuatan dengan baik sebelum melakukannya agar tidak menimbul penyesalan kelak.~~


Cerita - Arnab yang Sombong


~~Jangan menghina orang yang lemah, kerana menghina itu akan merugikan diri sendiri.~~


Cerita - Anjing dengan Bayang-bayang

~~Kita tidak boleh bersikap tamak. Jika kita bersikap tamak, diri sendiri yang mendapat rugi dan tidak akan dapat apa-apapun.~~


Fikirkan Boleh

Saya ingin memperkenalkan lagu ini kepada anda semua.
Lagu ini agak lama tetapi amat bermakna dan diharap dapat membangkitkan semangat kawan-kawan.

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


Cerita - Gagak Yang Bijak

~~Banyak perkara dapat diselesaikan sekiranya kita menggunakan akal.~~
 


 

Keranamu Malaysia

"Keranamu Malaysia" adalah salah satu Tema Kemerdekaan Malaysia yang digunakan dari tahun 2000 sehingga tahun 2006. Lagu Keranamu Malaysia merupakan lagu bagi tema kemerdekaan ini.

Perumpamaan

Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.


Perumpamaan
Maksud
Bagai aur dengan tebing
tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh
bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang
kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembilu
perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging
sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petang
berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku
persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit
orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali
amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga
membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuh
mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Bagai mencencang air
membuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai mural tercabut ekor
seseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin
orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh
Bagai pinang dibelah dua/        Seperti cincin dengan permata
pasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus membaiki labu
merosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/    Seperti telur di hujung tanduk
kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperd anak ayam kehilangan ibu
berpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucing
adik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang-bayang
orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekam
dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur
muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digoreng
bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Seperti cacing kepanasan
tidak diam atau tenang; selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumput
kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/       Seperti talam dua muka
seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti mencurahkan air ke daun keladi /Seperti hujan jatuh ke pasir
memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Seperti katak di bawah tempurung
orang yang cetek pengetahuan mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacan
tidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bunga
seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung
seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa
Seperti langit dengan bumi
perbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenang
mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Seperti pahat dengan penukul
orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulan
mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampung
berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di beras
memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Seperti ular kena palu
jalan atau barisan yang bengkang-bengkok


Saturday 10 December 2011

Latihan 10 : Simpulan Bahasa


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia  _______________.
   A buta hati
   B buta huruf
   C buta kayu
   D buta gaji

2 Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ____________ .
   A anak buah
   B anak emas
   C anak tunggal
   D anak bongsu

3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ______.
   A otak cair
   B otak udang
   C mulut murai
   D mulut tempayan

4 Kunding mengambil sekeping roti sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.
   A alas perut
   B ikat perut
   C perut busuk
   D perut kosong

5 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu.
   A makan hati
   B jatuh hati
   C iri hati
   D ambil hati

6 Azizi dan anak-anaknya _________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
   A langkah kanan
   B langkah bendul
   C langkah seribu
   D langkah kiri

7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
   A geli hati
   B makan hati
   C cekal hati
   D isi hati

8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.
   A harga diri
   B harga mati
   C tanda mata
   D tanda harga

9 Yoke Lan ____________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
   A pekak badak
   B lepas tangan
   C makan hati
   D tidur mati

10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
   A banyak mulut
   B berat sebelah
   C angkat kaki
   D lepas tangan

Jawapan :

1  B
6  A
2  C
7  C
3  C
8  B
4  A
9  D
5  C
10 B