Monday 28 November 2011

Kata Bilangan

Kata bilangan menerangkan bilangan atau jumlah yang tentu sifatnya. Terdapat 7 jenis kata bilangan. Sila rujuk jadual di bawah:

Jenis Kata Bilangan
Penggunaan
Contoh Kata Bilangan
Kata bilangan tentu
-menunjukkan bilangan yang tertentu.
-boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
-menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.
satu, dua, tiga, dan sebagainya
Kata bilangan tak tentu
-menunjukan bilangan yang tidak tentu.
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah dan sebagainya
Kata bilangan pecahan
-menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.
suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
Kata bilangan pisahan
 
setiap dan tiap-tiap
Kata bilangan tingkat
-menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.
pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
Kata bilangan tanya
 
berapa
Kata bilangan himpunan
 
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan seterusnya


Jenis Kata bilangan
Contoh Ayat
Kata bilangan tentu
a) Nenek Faiz membela dua ekor kucing.
b) Atikah telah membaca buku yang sama tiga kali hari ini.
Kata bilangan tak tentu
a) Beberapa minit kemudian, Radiyah pun tiba.
b) Segala maklumat akan Zirah kumpulkan.
Kata bilangan pecahan
a)  Amanina berjanji akan lulus seratus peratus.
b) Tiga suku murid daripada kelas 1M3 telah hantar tugasan mereka.
c) Separuh daripada pelajar sekolah menengah Sinar telah hadir untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan.
Kata bilangan pisahan
a) Tiap-tiap aktiviti luar sekolah, Din akan mengingatkan     kawan-kawannya supaya membawa payung.
b) Setiap hari, Ana akan menonton rancangan kegemarannya.
Kata bilangan tingkat
a) Alim telah dapat tempat pertama dalam pertandingan  berpidato.
b) Iwan telah menduduki tempat kedua dalam pertandingan mendeklamasikan sajak.
Kata bilangan tanya
a) Berapakah sepuluh darab tiga ?
b) Pada pukul berapakah Aziz jakan berjumpa Ridhwan?
c) “Leha, sekarang pukul berapa?” tanya Aishah kepada Leha.
Kata bilangan himpunan
a) Sudah berbulan-bulan, Zulhadi tidak hadir ke sekolah.
b) Ribuan orang hadir untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan.
c)  Penyanyi popular yang baru meningkat naik telah mempunyai beratus-ratus orang peminat.
 

Saturday 26 November 2011

Kata Penguat


Kata penguat bertugas menguatkan maksud kata adjektif. Kata penguat boleh diletakkan di hadapan atau belakang kata adjektif dalam ayat.

Jenis
Kata Penguat
Kata Penguat
Contoh Ayat
Hadapan
paling, terlalu, agak
1. Tamanah paling pintar dalam kelas ini.
2. Baju itu terlalu besar baginya.

Belakang
sekali, benar, nian
1. Permata yang termahal sekali diletakkan di  ruangan khas itu.
2. Tanpa kebenaran ketua, awak telah bercuti lama benar.

Bebas
 *Boleh diletakkan     di hadapan atau     belakang kata      adjektif 
amat, sangat, sungguh
1 (a )  Hujan lebat sangat.
   (b)  Hujan sangat lebat.

2 (a) Buah rambutan itu sungguh manis.                (b)Buah rambutan itu manis sungguh.

Friday 25 November 2011

Kata Perintah


Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya.T






Kata Perintah
Penggunaan
Contoh Ayat
Jangan
Melarang daripada melakukan sesuatu
Jangan membuang sampah di merata-rata tempat.
Usah
Menyuruh supaya jangan melakukan sesuatu.
Usah pergi ke perpustakaan dalam
hujan yang lebat ini.
Sila
Meminta dengan hormat supaya melakukan sesuatu
Silalah makan kuih-muih yang ada di
atas meja itu.
Jemput
Mengajak atau mengundang
Jemputlah masuk, jangan malu-malu.
Minta
Mahu akan sesuatu
Minta murid-murid berkumpul di
padang sekolah.
Tolong
Meminta bantuan
Tolong belikan saya sebungkus nasi
lemak.
Harap
Meminta supaya terjadi sesuatu perkara
Harap hantarkan semua buku latihan
esok.