Friday, 25 November 2011

Kata Seru

Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, dan sebagainya.

Kata Seru
Penggunaannya
Ayat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit
  Aduh, sakitnya tanganku!

aduhai
untuk menyatakan perasaan sedih atau simpati
  Aduhai, malang sungguh nasibku!
wah
untuk menyatakan perasaan hairan
  Wah, berani betul budak itu!

cis/cih
untuk menyatakan perasaan marah dan benci
1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !

eh
untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut
1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ada di sini!

hai
untuk menegur seseorang atau menarik perhatian
1. Hai, ini jiran saya!
2. Hai, sudah lama kita tidak bertemu!

wahai
menyatakan perasaan sayang atau merayu
 Wahai cucuku, belajarlah dengan tekun!
amboi
menunjukkan perasaan kagum
 Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !

oh
terkejut hairan, gembira atau mengharap
  Oh, itu rupanya rumah kamu !

syabas
gembira, puas, memuji atau ucap tahniah
  Syabas, awak berjaya juga akhirnya !

Thursday, 24 November 2011

Kata Sendi Nama


Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama. Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.

Kata Sendi Nama
Penggunaan
Contoh Ayat
Di
Menunjukkan tempat
Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa
Ah Geok tinggal di Perak
Ke
Menunjukkan tempat arah dan masa
Dia hendak pergi ke Kedah pada bulan hadapan.
Ekspo Kerjaya ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingg ke pukul 5.00 petang.
Dari
Menunjukkan tempat dan masa
David berasal dari Pulau Pinang
Ahmad menunggu kawannya dari pukul tiga petang tadi.
Hingga
Maksud had masa
Amin bekerja dari pagi hingga petang.
Dengan
Maksud bersama-sama
Ayah pergi ke pasar dengan adik
Daripada
Tempat datangnya sesuatu
Asal kejadian sesuatu benda
Perbandingan
Chandran menerima surat itu daripada abangnya.
Baju batik ini diperbuat daripada benang sutera.
Bangunan Maybank lebih tinggi daripada bangunan itu.
Pada
Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
Keterangan waktu.
Lukisan itu digantung pada dinding.
Hujan turun dengan lebat pada pagi semalam.
Kepada
Menunjukkan arah, tempat orang yang ditujui.
Surat jemputan itu ditujukan kepada pengerusi persatuan.

Kata Hubung


Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan, rangkai kata dengan rangkai kata, ayat dengan ayat.
 


Contoh
Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat cepat sembuh.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan Siu Lan berkawan baik.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
jika
Saya berpayung jika hujan.
kecuali
Semua murid hadir kecuali Gopal.
kerana
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil
Zalifah bernyanyi sambil menari. 
semenjak
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
Biki membaca buku sementara menunggu bas.
sungguhpun
Sungguhpun buta, orang itu mampu berdikari.
supaya
Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai.
walaupun
Walaupun letih, dia masih meneruskan kerjanya.
tetapi
Badannya besar tetapi penakut.