Mata Pelajaran dan Kelas: | Bahasa Malaysia Tahun 2 Mawar |
Tema/Tajuk: | Kebudayaan - Makanan Kita |
Masa: | 7.30 – 8.30 pagi |
Standard Pembelajaran: | 1.4.4 / Literasi 3.2 |
Objektif Pembelajaran: | Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; i. Bertutur untuk menyatakan permintaan dengan betul. ii. Bertutur untuk menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul secara bertatasusila. |
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: | 1. Menuturkan ayat-ayat permintaan yang telah didengar daripada dialog. 2. Main peranan sebagai penjual dan pembeli. 3. Berbincang tentang cara yang betul membina ayat permintaan berdasarkan situasi. 4. Menulis ayat permintaan berdasarkan gambar, slaid powerpoint atau situasi pada komputer, papan tulis atau lembaran kerja. Aktiviti Literasi 1. Menyebut dan memahami frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang terdapat dalam ayat permintaan berdasarkan dialog. |
Elemen Merentas Kurikulum (EMK): | Nilai Murni – berbudi bahasa, jujur Keusahawanan – sikap dan pemikiran keusahawanan TMK – belajar melalui TMK |
Bahan Bantu Mengajar: | Radio/komputer, slaid powerpoint gambar-gambar tunggal, kad gambar, lembaran kerja |
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: | Murid menuturkan ayat-ayat permintaan berdasarkan gambar situasi atau slaid powerpoint yang dipaparkan. |
Refleksi: | 30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P. Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan. Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan. |
Thursday, 13 October 2011
Contoh Rancangan Pelajaran Harian KSSR - Bahasa Malaysia
Sunday, 2 October 2011
Satu Malaysia
Masih ingat pada dua tahun yang lalu, kali pertama saya mengajar anak murid tahun dua menyanyi lagu ini. Sebaik sahaja saya menyiarkan lagu ini dengan radio, seorang murid perempuan menangis. Saya terkejut. 'Kenapa kamu menangis?' saya tanya. Jawabnya,'Cikgu, lagu ini sangat sedap didengar'. Saya fikir, mestilah dia terharu dengan melodi dan lirik lagu yang bermakna ini, seperti saya.
Saturday, 1 October 2011
Selamat datang ke blog saya ^^
Selamat datang ke blog saya. Saya akan berkongsi pengalaman mengajar saya di sini dari semasa ke semasa. Rakan-rakan, pendapat-pendapat dan idea-idea anda amat dialu-alukan. Mari kita belajar bersama-sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)