Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
Kata Ganti Diri Pertama | Penggunaannya |
aku | digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan |
saya | digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi |
hamba | digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu (rakyat) |
patik | digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan |
beta | digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat |
kami | digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua |
kita | digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua |
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata Ganti Diri Kedua | Penggunaannya |
anda | digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita |
awak | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita |
engkau | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga |
tuanku | digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja |
kalian | digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap |
kamu | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita |
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga.
Kata Ganti Diri Ketiga | Penggunaannya |
baginda | digunakan untuk raja dan sultan |
beliau | digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin |
dia | digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan |
ia | digunakan untuk benda dan haiwan |
mereka | digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang |
No comments:
Post a Comment