Kata bilangan menerangkan bilangan atau jumlah yang tentu sifatnya. Terdapat 7 jenis kata bilangan. Sila rujuk jadual di bawah:
Jenis Kata Bilangan | Penggunaan | Contoh Kata Bilangan |
Kata bilangan tentu | -menunjukkan bilangan yang tertentu. -boleh diikuti dengan penjodoh bilangan. -menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan. | satu, dua, tiga, dan sebagainya |
Kata bilangan tak tentu | -menunjukan bilangan yang tidak tentu. | beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah dan sebagainya |
Kata bilangan pecahan | -menunjukkan bilangan berbentuk pecahan. | suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya |
Kata bilangan pisahan | | setiap dan tiap-tiap |
Kata bilangan tingkat | -menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah. | pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya |
Kata bilangan tanya | | berapa |
Kata bilangan himpunan | | kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan seterusnya |
Jenis Kata bilangan | Contoh Ayat |
Kata bilangan tentu | a) Nenek Faiz membela dua ekor kucing. b) Atikah telah membaca buku yang sama tiga kali hari ini. |
Kata bilangan tak tentu | a) Beberapa minit kemudian, Radiyah pun tiba. b) Segala maklumat akan Zirah kumpulkan. |
Kata bilangan pecahan | a) Amanina berjanji akan lulus seratus peratus. b) Tiga suku murid daripada kelas 1M3 telah hantar tugasan mereka. c) Separuh daripada pelajar sekolah menengah Sinar telah hadir untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan. |
Kata bilangan pisahan | a) Tiap-tiap aktiviti luar sekolah, Din akan mengingatkan kawan-kawannya supaya membawa payung. b) Setiap hari, Ana akan menonton rancangan kegemarannya. |
Kata bilangan tingkat | a) Alim telah dapat tempat pertama dalam pertandingan berpidato. b) Iwan telah menduduki tempat kedua dalam pertandingan mendeklamasikan sajak. |
Kata bilangan tanya | a) Berapakah sepuluh darab tiga ? b) Pada pukul berapakah Aziz jakan berjumpa Ridhwan? c) “Leha, sekarang pukul berapa?” tanya Aishah kepada Leha. |
Kata bilangan himpunan | a) Sudah berbulan-bulan, Zulhadi tidak hadir ke sekolah. b) Ribuan orang hadir untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan. c) Penyanyi popular yang baru meningkat naik telah mempunyai beratus-ratus orang peminat. |
No comments:
Post a Comment