Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
Kata Nafi | Penggunaan | Contoh Ayat |
Bukan | menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. | 1. Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya. 2. Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya. |
Tidak | menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. | 1. Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah. 2. Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat. |
* Kata nafi “bukan” boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh Ayat:
· Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
· Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
No comments:
Post a Comment