Kata Bantu terbahagi kepada dua kumpulan.
1. Kata Bantu Aspek - Kata yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa.
Perbuatan | Contoh Kata Bantu |
Sudah berlaku | sudah, telah, pernah |
Sedang berlaku | sedang, masih |
Belum berlaku | belum, akan |
Kata bantu hadir sebelum kata kerja. Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir bersama-sama.
Contoh:
belum pernah
masih belum
telah pernah
masih sedang
sudah pernah
2. Kata Bantu Ragam - Kata yang menerangkan ragam yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan seseorang itu.
Perbuatan | Contoh Kata Bantu |
Mesti melakukan | mesti, harus |
Hendak melakukan | hendak, mahu |
Berkeupayaan melakukan | boleh, dapat |
Kata bantu aspek juga boleh hadir secara berderetan dengan kata bantu ragam, sama ada mendahuluinya atau mengikutinya.
Contoh:
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam | Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek |
sedang hendak | harus sudah |
masih belum | harus telah |
belum boleh | mesti akan |
belum hendak | mesti sudah |
akan dapat | mesti telah |
No comments:
Post a Comment