Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. 1. Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja. A atau B jika C agar D kerana 2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati. A dan B tetapi C manakala D walaupun 3 Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak. A hingga B tatkala C setelah D supaya 4 Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak. A agar B ketika C hingga D setelah 5 Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan ___________ bulan hadapan? A dan B lalu C atau D maka 6 Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo. A lalu B agar C maka D kerana 7 Charles lulus ujian itu _________ adiknya gagal. A dan B serta C tetapi D malahan 8 Zamzarina berkata-kata __________ merenung wajah temannya. A kerana B sambil C maka D lalu 9 Farzana ______ Mei Hua sangat gembira kerana mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. A dan B lalu C tetapi D walhal 10 __________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah. A Semasa B Setelah C Supaya D Sementara Jawapan:
|
Friday, 9 December 2011
Latihan 2: Kata Hubung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment