Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________. A buta hati B buta huruf C buta kayu D buta gaji 2 Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ____________ . A anak buah B anak emas C anak tunggal D anak bongsu 3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ______. A otak cair B otak udang C mulut murai D mulut tempayan 4 Kunding mengambil sekeping roti sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah. A alas perut B ikat perut C perut busuk D perut kosong 5 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu. A makan hati B jatuh hati C iri hati D ambil hati 6 Azizi dan anak-anaknya _________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang. A langkah kanan B langkah bendul C langkah seribu D langkah kiri 7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya. A geli hati B makan hati C cekal hati D isi hati 8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh. A harga diri B harga mati C tanda mata D tanda harga 9 Yoke Lan ____________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri. A pekak badak B lepas tangan C makan hati D tidur mati 10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut. A banyak mulut B berat sebelah C angkat kaki D lepas tangan Jawapan :
|
Saturday, 10 December 2011
Latihan 10 : Simpulan Bahasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment