Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya.T
| Kata Perintah | Penggunaan | Contoh Ayat |
| Jangan | Melarang daripada melakukan sesuatu | Jangan membuang sampah di merata-rata tempat. |
| Usah | Menyuruh supaya jangan melakukan sesuatu. | Usah pergi ke perpustakaan dalam hujan yang lebat ini. |
| Sila | Meminta dengan hormat supaya melakukan sesuatu | Silalah makan kuih-muih yang ada di atas meja itu. |
| Jemput | Mengajak atau mengundang | Jemputlah masuk, jangan malu-malu. |
| Minta | Mahu akan sesuatu | Minta murid-murid berkumpul di padang sekolah. |
| Tolong | Meminta bantuan | Tolong belikan saya sebungkus nasi lemak. |
| Harap | Meminta supaya terjadi sesuatu perkara | Harap hantarkan semua buku latihan esok. |

No comments:
Post a Comment