Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan, rangkai kata dengan rangkai kata, ayat dengan ayat.
| Contoh | Ayat Contoh |
| agar | Saya berharap agar kamu dapat cepat sembuh. |
| apabila | Mukanya pucat apabila disoal. |
| atau | Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. |
| bahawa | Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. |
| dan | Leela dan Siu Lan berkawan baik. |
| hingga | Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. |
| jika | Saya berpayung jika hujan. |
| kecuali | Semua murid hadir kecuali Gopal. |
| kerana | Aini menangis kerana terlalu sedih. |
| lalu | Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. |
| manakala | Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. |
| sambil | Zalifah bernyanyi sambil menari. |
| semenjak | Saya berkawan dengannya semenjak kecil. |
| sementara | Biki membaca buku sementara menunggu bas. |
| sungguhpun | Sungguhpun buta, orang itu mampu berdikari. |
| supaya | Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai. |
| walaupun | Walaupun letih, dia masih meneruskan kerjanya. |
| tetapi | Badannya besar tetapi penakut. |
No comments:
Post a Comment